Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Dec 31, 2011

goodbye 2011.

2011 aku ceria
2011 aku bahagia
2011 aku ada macam-macam warna kalah pelangi
2011 aku seronok macam dapat 10A spm
2011 aku penuh dengan senyuman
2011 aku terbaik

tapi 2011 dah nak pergi
2012 tak sabar nak masuk
aku harapkan 2012 lebih gembira
dengan adanya sidia.


Nov 30, 2011

Tersilap.

aku hampir tertewas dengan keseronokan dunia
aku lupa yang aku ada hukum yang perlu aku patuhi
aku terlalu senyum dan lupa yang akan merana satu masa nanti
jika aku terus dengan lagak ini
aku takmahu sesat jauh
takut nanti tiada penyelamat datang selamat
aku harap aku masih boleh berfikir
tentang mana baik dan buruk.


p/s:aku terkena racun dan masih mencari penawar.

Nov 9, 2011

Permintaan karut.

Tuhan lambatkan masa atau tambahkan masa untuk aku bersekolah.




Aku taknak habis sekolah
sebab pedih perpisahan itu aku pernah rasa satu ketika dulu.

Nov 4, 2011

Nak jugak la.

walau aku tak tahu apa-apa
walau aku tiada formula
walau otak aku serabut gila
walau fakta ntah hilang kemana
walau ilmuku kosong didada
tapi kertas itu perlu dicoret dengan pena juga!


Sep 18, 2011

I miss YOU.

YOU I MISS YOU.

*takkan awak tak perasasn. :(

Aug 28, 2011

Janji.

aku memang mudah lupakan janji
aku memang manusia tidak tetapi janji
janji antara kau dan aku
tapi!
pernah kau fikir sebab aku tidak tepati janji
tk pernah!
mana adil kau bahagia aku disini terus derita.
mana adil kau tersenyum aku disini terus menangis.
mana adil kau bahagia aku disini tersiksa.
:).
sekarang baru adil kawan.
kau gembira aku lagi gembira bersama sidia.

p/s:ily Farah Aina. :)


Aug 20, 2011

Misi.

Pertama.

p/s: raya dengan perasaan takut. :(


KEDUA
p/s: penentu masa hadapan.harap2 boleh score. AMIN :)

KETIGA

p/s: masa yg ditunggu2kan kawan2.harap2 la jadi.AMIN :)
TIOMAN i come. :)

Aug 10, 2011

Jangan biar ia mati.

Hari ini
Genap 40hari
Cinta dalam hati
Moga terus bersemi
Jangan biar ia mati

Ingat
Jangan biar ia mati


Jangan biar ia mati
Jangan biar ia mati :)

Niat.

ALHAMDULILLAH.
10 sudah selasai.
harap 20 lagi boleh aku sempurnakan.
AMIN. :)

Aug 6, 2011

Ramadhan.

Niat tahun ini
30hari.
insyaallah.

P/s:mana tahu tahun depan tk sempat nk jumpa ramadhan lagi.

Jul 31, 2011

GAGAL

gagal
buatkan aku tersedar
apa yang tersilap
gagal
buatkan aku bangun
setelah lama tidur dalam keseronokkan
gagal
buatkan aku percaya
bukan mudah untuk berjaya
gagal
buatkan otakku bergerak
berfikir cari jalan penyelesaian
gagal
takpernah buat aku
hilang semagat
gagal
desakan buat aku
terus mencuba
hingga berjaya. :)

Jul 30, 2011

070711

Ada hari
yang kita takkan boleh lupa
akan sesuatu
apatah lagi
pada seseorang.

p/s : gadis dulu kau jumpa pemilik rusuk kau.Aku juga harus mencari pemilik rusuk aku akhirnya aku berjumpa juga.

cahaya.

lama cahaya ini hilang taktahu kemana
puas aku mencari hampir taip2 malam
akhirnya cahaya itu datang dengan pantasnya
membawa aku terus senyum penuh bermakna
sudah lama aku tunggu saat ini
saat aku disayangi dan menyayangi.

p/s : I LOVE YOU. :)

Kambali.

Saya ingin kambali bercerita. :)

Jun 18, 2011

hari ini.

aku sayang kau!
aku sayang kau!
aku sayang kau!

tapi aku lupa yang kau juga sayangkan dia. :)

Jun 5, 2011

:):)

semakin hari semakin tersenyum
terima kasih kawan-kawan. :):):)
dan yang membuatkan aku tersenyum.

May 22, 2011

pedih itu terasa :

bila suka tapi perlu nafikannya
bila sayang harus dikawal perasaannya
bila cinta tapi mesti dihalang getarannya

bila aku hanya mampu melihat manis senyumannya
bila aku hanya mampu berjalan dibelakang mengejar tapaknya
bila aku hanya mampu tersenyum melihat matanya
bila aku hanya mampu memendam rasa yang tiap saat maha menggila

YA!
cinta bodoh memang boleh buat aku pedih dan terus pedih. :(



Apr 29, 2011

cikgu.

setiap pagi kami tercari-cari
kami masih teringat kenangan kami bersama cikgu
suara cikgu,gaya cikgu,gelagat cikgu
masih tidak dapat kami lupakan dan kata-kata cikgu yang penuh makna
'dengan masa yang ada,izinkan aku berbakti'
tetapi Allah lebih sayangkan cikgu
kami radha atas pemergian cikgu

selamat tinggal cikgu
tidur yang indah
walau cikgu telah tiada
walau hanya batu nisan sebagai pemisah
tapi kenangan dan jasa cikgu tetap dihati

dan semangat cikgu pasti
akan selalu membara disini
untuk selamanya
untuk selamanya :(



kenangan bersama arwah cikgu zubair.
arwah sebelah kiri aku yang pegang nombor 9. ;(

Apr 17, 2011

Friend. :)

Saudari.

Dengar sini,
Jangan lontarkan harapan kepada sidia.
Jika kau tiada niat atas harapan kosong itu.

Kerana ia teramat la sakit.

Sabar ye kawan.
Nyalakan la sebatang rokok winston ditemani air nescafe untuk hatimu yg lara tu. :)

Mar 19, 2011

untuk kawan. :)

hey kawan

tepuk kerusi
duduk duduk la dulu

mari sini saya mahu cerita
kau gadis yang punya harga
punya martabat yang tinggi nilainya
juga punya nama yang perlu dijaga

walau sekacau mana jiwa
jangan kau lempar dengan kata nista
jangan kau berteriak bak perempuan gila
jangan kau tunding dia tk semena
kerana itu cermin pengukurnya

andai katanya esok ka lusa munculnya perempuan gila di depan mata
nah!kau hadiahkan senyum serta tatap matanya
sambil berkata "maaf,aku punya standard yang perlu dijaga"

bukan kah kau dan dia sama sahaja.gadis juga
jadi usah direndah martabat kau
kerana pekara bodoh semata. :)

p/s:untuk kawan yang kita sayang.



Mar 16, 2011

Bukan menyesal.

cuma terkenang
bukannya rindu,
aku cuma kutip kenangan kita dulu-dulu
aku tahu
aku tidak layak untuk itu
kerana aku sudah sedia untuk kita tutup buku

demi waktu
206 hari yang berlalu
aku hendak katakan
aku 'rindukan kamu'

hari ini
tadi
semalam
akhirnya aku tahu
yang kamu
akhirnya telah berjumpa pemilik rusukmu. :)

p/s: ukirkan senyuman manis bersama orang baru dan aku disini gembira walaupun aku kalah tipis.hahaha :)






kau bahagia bersama bintang tapi yang kau mahukan adalah bulan

si bintang peneman yang setia
tapi nun jauh disana

si bulan pula manis dipandang dek mata
tapi pungguk juga rindukan dia

kau jadi keliru malam ini
seharusnya kau lena bersama siapa?? :)

Mar 14, 2011

Cahaya baru.

satu dua minggu aku hilang
kini kembali menulis apa yang tersurat
satu dua minggu ini otak aku kosong
tetapi masih tenang kerana ada orang disisi
sambil ditemani nakotin yang setia
aku kembali dengan nafas baru
yang segar setelah lupakan dia
biarkan dia gembira disana
dan biar dia tahu aku pun sudah gembira disini
aku tahu cahaya itu sudah hilang
kemana perginya biarla ia hilang dan jangan sesekali kembali
lupakan segala yang duka kerana
gembira sudah datang menyapa
akhir sempurna juga setelah sekian lama. :)

Mar 5, 2011

Racun sahabat.

aku takut pekara ini terjadi akhirnya terjadi
racun kepada persahatan aku sudah muncul dengan lagaknya
dialah sehabat semati yang kau temui
dengan sombong dan riak kau pergi tinggalkan aku
laju pergi mengikut racun yang tidak tahu kesannya nanti
dalam hati kecik ini ada niat ingin menasihat
tetapi risau dan tak tergamak kerana fikirkan kau
aku hanya mampu membisu dan melihat
gelagat kau tidak ubah seperti boneka kepada racun itu
hanya mampu bercakap apabila disuruh lalu diam membisu
aku rela kau hilang pergi tinggalkan aku
kerana benci ini tidak dapat dipendam lagi
tetapi aku resah terus takut
akan kembalinya racun itu meracuni sahabat2 aku ini.

p/s: hey racun sahabat aku berdoa kau akan jadi penawar kepada persahabatan kami.



Ada Cermin.


hey! pergi cermin diri kau
bukan aku suruh kau tenung cermin itu lama-lama
dengan mata kau
aku nak kau lihat dari diri kau
dengan mata hati
kau kaji apa yang kurang
kau teliti apa yang lebih
semuanya!

kalau kau ade sesuatu kelebihan
berbanggalah, tapi ingat jangan riak pula
jika kekurangan yang kau nampak
jangan kau rasa teruk pula
kau jadi ia satu cabaran
untuk majukan diri kau
supaya dapat jadi yang terbaik. :)





Feb 26, 2011

Jalan gelap.

kalau diberi pilihan untuk memilih
jalan terang ataupun gelap
ingin terus aku memilih jalan gelap itu

angan aku hendak memasang cahaya dijalan gelap itu
agar tidak ada siapa dapat membeza-bezakannya lagi. :(

Feb 25, 2011

Ragam.

marah dengan penuh kemarahan
ini lepasan perasaan untuk mencari kebenaran
kau dengan suara kau
aku dengan lagak aku

kita retakkan persahabatan
aku tunjuk salah kau
kau pantas tunjuk kembali lagakku
membina ego,menunding jari
beradu sempai ada yang mati

yang kalah selalu lari
dendam kesumat dipendam
tunggu sampai melimpah
lalu cari satu jalan
untuk memberitahu kau
langit itu tinggi bukannya rendah

dengar cakap aku
kita perlukan perkongsian perasaan untuk kekal sebagai sahabat.
mungkin nanti manusia lebih gemar berkawan dengan binatang. :)



Feb 19, 2011

rasa baru.

aku kembali semula untuk ini
walaupun aku tahu aku tidak diperlukan
aku hanya mahu memberi apa yang aku ada
bukan untuk jadi kunci kejayaan
aku tahu aku tak sehebat mana
aku cuba jadi yang terbaik apa yang aku boleh jadi.


p/s:terima kasih kawan-kawan walaupun aku sipembelot tegar.

Feb 8, 2011

hari jadi 17.

hari ini aku bersyukur padanya
dengan izinnya umurku dipanjangkan lagi
setahun demi setahun umurku meningkat
sekarang menjadi angka 17.

aku bersyukur masih lagi dapat merasa bahang matahari
masih lagi boleh merasa kesejukan malam
masih lagi boleh menghidu udara segar
dan aku terus bersyukur.

ini semua dengan izinya.
aku berdoa agar aku tidak lagi alpa.
dengan kedewasaan ini aku harus berfikir.
tentang masa depan.
dunia akhirat.
tidak lagi seperti dulu yang hanya tahu akan keseronokkan.

hari jadi ini berterima kasih kepada ibubapa.
kawan-kawan yang mengucapkan
'SELAMAT HARI LAHIR'
aku merasa diri ini lebih dihargai dan disayangi.
Terima Kasih semua.







Feb 5, 2011

Dunia kini.

Anak dara ada halkum, assalamualaikum
anak teruna ada 'bumper', salam sejahtera
Ada rahim berangan nak ada sperm
ada halkum ada hati nak susukan bayi

Ohh dunia kini.





p/s:boleh korang wat mcm ni.??

budak kampung.

kami masih lagi budak-budak kampung yang tiada campuran
yang masih lagi suka bermain gasing daripada psp
yang masih lagi suka berkubang daripada pergi ke spa
yang masih lagi suka bertegur-sapa daripada sombong
yang masih lagi suka makan sambal belacan daripada pizza
yang masih lagi suka pada yang asli daripada tiruan
kami budak-budak kampung yang tahu asal-usul kami??
tidak kami segan mahupun malu dikelaskan budak kampung.
daripada manusia yang lupa dari mana dia dibesarkan.

Feb 2, 2011

nikotin dan kafein.

kenapa aku bagi kau masuk dalam badan aku
menjadi tanda tanya yang tidak dapat dijawab
aku takut kau memakan sedikit demi sedikit badan aku
tetapi aku masih lagi tidak mahu berhenti memasukan kau
mungkin aku rase selesa atau kepuasan tahap maksima
ya mungkin itu puncanya mengapa ramai manusia sayang pada kau
seronok bukan masukkan nikotin dan kafein kedalam badan
dan aku sentiasa berdoa agar dapat buang kau jauh-jauh satu hari nanti. :)



Feb 1, 2011

Manusia.

aku juga manusia biasa macam orang lain
yang boleh tahu gembira dan sedih
yang boleh rasa pahit atau manis
sikap manusia sememangnya pemaaf
tapi ada satu dua keras hatinya
tapi bagi aku dosa memang senang dimaafkan
cuma dendam dalam hati ni macam mane nak dipadamkan. :(

Jan 31, 2011

berbaju kurung.

Aku mula terpesona, marah mula hilang, sakit semakin kurang,geram boleh terkubur,
hati boleh cair;

Malihat hamba allah yang bernama perempuan berbaju kurung/kebaya.

Semasa kelas tuisyen dijalankan.aku terlihat gadis berbaju kurung masuk.
wajah manis terus terukir. ;)

wah.menarik.

Berbaju kurung/kebaya lebih menarik bukan daripada berskirt mini atau singlet.
Ini benar-benar boleh melemahkan mana-mana lelaki.

Hati mula terpikat dengan mana-mana perempuan berbaju kurung :)



Jan 29, 2011

hati.

kesian kat hati ni
mula-mula retak terus darah mengalir
sekarang terus berkecai,berderai
apa harus aku lakukan
terpaksa la kutip balik dan centumkan ia semula
lukanya akan aku sembuhkan
biar ia senyum semula
dan aku janji akan jaga hati ni baik-baik
tidak seperti sebelum ini
hanya memikirkan perasaan dan hati juga menderita.


p/s:tambahkan perisa benci barulah hati ni kental sebagai lelaki.

Jan 28, 2011

kau.

Teringat dulu saat indah
semasa kau dan aku
bersama
seiring
sejalan
aku dijaga
dibelai
teringat segala memori
aku dan kau
kenangan indah
senyuman ketawa
sangat manis bersama kau
tapi itu dulu
semasa kau aku yang punya! ;(

Jan 25, 2011

??

kenapa sikap aku begini.
takut dengan kebodohan sendiri.
mungkin takut ditertawa oleh kawan-kawan.
mungkin takut kawan-kawan lari tinggalkan kita.
kenapa?kenapa?
mungkin sikap manusia sebegini?
tak.tak.
masih ada manusia yang jujur.
yang tidak hidup dalam kepura-puraan.
yang sentiasa jadi diri sendiri sungguhpon
dia tidak sehebat mana.
aku betul-betul berterima kasih padanya.
yang ajar aku untuk jadi diri sendiri.

Terima Kasih.
aku ingat jasa kau sampai mati.

Jan 23, 2011

Lelaki

ya tuhan hampir tertewas aku dengan rindu ni.
hampir jatuh air mata jantan aku kerana rindu.
nasib baik lelaki kuat ini terus kuat dan tabah.
ya luarnya memang tenang seperti tiada apa yang berlaku.
tapi dalamnya hanya tuhan saja yang tahu.
tidak perlu dicerita kepada sesiapa.
kerana takut dia dikutuk seperti orang-orang.
yang hanya duduk diam menakutkan burung-burung yang datang.
lama mana lagi sanggup ditahan.
mungkin sampai rindu ini menjadi benci yang teramat. ;(

Jan 21, 2011

angan

kita cuba mengejar pelangi yang tinggi
hingga jatuh,berdarah kaki
lantas kita berdiri lagi
dan terus berlari tak henti
konon nya bisa capai langit tinggi; terlalu banyak bermimpi
hingga kita terlupa pada hujan yang selalu mendampingi
bodoh bukan.
berlari untu sesuatu yang tak pasti.


Jan 19, 2011

Gaduh.

Gelap.
Apa yang aku lihat hanya la kegelapan.
Mata ini untuk melihat.
Apa yang nak dilihat jika semuanya gelap.
Ini cerita aku.
Cerita kami yang hidup dalam kegelapan.
Berikan kami cahaya agar dapat kita melihat semula.

Kita tak buta.
Kita hanya hidup tanpa cahaya yg membolehkan kita melihat.
Lihat la sekarang.
Buka la mata.

Aku dan kamu.
Apa bezanya
Warna kulit ka!
Bahasa petuturan ka!
Budaya!
Keturunan! apa!

Itukah alasannya untuk kita bermusuhan.
Jika ya!
Kami rela dibutakan mata.
Dari hidup dalam kegelapan.



http://komas.org/gadoh

sunset.

sambil duduk ditepi jendela berbekalkan sebatang rokok aku terlihat matahari
perlahan-lahan mula berlari membenamkan diri.
cahaya garangnya sedikit demi sedikit mula menghilang.
bukan matahari takut akan bulan yang aku muncul.
tapi matahari tidak angkuh melanggar perintah tuhan.


p/s:aku berdoa agar esok aku dapat melihat lagi saat matahari terbenam.

Jan 17, 2011

:)

Bunyi itu mengganggu lagi
Aku takut mendengarnya.
Lalu terus memekakkan telinga
Menjadikan aku tak tentu hala.

Aku terus buat tak dengar
Aku tidak akan mengalah
Tapi semakin lama aku mendengar semakin takut.
Aku berdoa bunyi itu hilang dimamah hujan.

AKHIRnya.
Bunyi itu hilang lari ketakutan kerana hujan sudah turun dengan keberaniannya.


p/s:budak comel takut kepada bunyi guruh. ;)




sampai bila?

hati ini sedih.
hati ini pilu.
hati ini luka
hati ini lara.


sampai bila??
esok pagi sehingga bangun tidur semula???mungkin tapi tidak pasti.

Jan 16, 2011

mulakan langkah!

malam ni sunyi sepi tiada bintang tiada bulan.
tiada apa-apa yang menarik untuk dicerita.
hanya fikiran asyik terbayangkan sidia.
otak mula kusut,serabut.
kalau lah sidia ada disisi pasti aku sentiasa bahagia.
senyuman pasti terukir setiap masa.
malam dan siang pasti ceria.
tapi harus aku ingatkan kenyataan perlu diterima.
lelaki kuat harus teruskan hidupnya.
tidak lagi perlu menunggu mimpi yang belum pasti jadinya nyata. :)

Romeo dan Juliet pasti cemburu kalau aku dengan sidia bersama.

p/s :semangat baru untuk terus berjalan mengukir coretan kehidupan yang lebih bermakna.

Anak panah.

awak saya ada anak panah ni
boleh tak saya nak panah hati awak
anak panah saya tidak beracun
anak panah saya anak panah rindu.
bolehkan kalau saya nak panah betul-betul dekat hati awak.
biar ia menusuk terus kehati.
dan biar awak tahu saya perindu yang merindui awak.
bolehkan awak?


oh lupa.hati awak keras macam besi mana boleh dipanahkan! ;(

Jan 15, 2011

tidak diperlukan. ;(

kate orang kalau yang lama dah pergi
perlu la cari yang baru.
tapi aku taknak.sebab yang lama semua aku dah sayang.
tapi
tapi
tapi
kawan semua dah hilang.
tiada cerita nak dikongsi.
semua sibuk-sibuk belaka.
semua dilanda masalah.
semua dalam kerungsingan.
aku hanya memerhati dan tak bisa membantu.
sebab aku tidak lagi diperlukan.
so, aku kena la cari yang baru.

selamat bye.bye kawan lama.
walau hati ini berat untuk luahkan. ;(

Jan 14, 2011

untuk teman ku!

hey yang disana.
kau masih tak sedar ke ade seseorang sedang menanti.
atau kau buat-buat tak sedar.
kau leka dengan teman-temanmu.
sedang dia disini menunggu dengan kesetian.
yang tak bisa digugat.
dia rela tidak lena malam.
agar dia dapat memelukmu bila saja kau kembali.
pulanglah.hargailah kesanggupannya itu.
kerana di saat ini.
hanya kau yang dia fikirkan.

biarkan saja luka itu.

sengaja aku biar darah itu terus mengalir
dari luka tikaman di belakangku
kerana aku tidak berniat untuk sembuh;
dan terus merasa peritnya.
agar aku ingat dan berjaga-jaga
dari tikaman yang sama.
walau cuma luka halus; tetapi dalam.
hasil seni seorang perempuan.

Jan 13, 2011

gadis berbaju kurung!

wah! minat gadis berbaju kurung.
cantik ayu.
yaaaaeeeeeh!


gadis berbaju kurung aku minat la.

Jan 9, 2011

Kota jerit.

korang????

nak tanya sikit??
mana jalan nak pergi ke kota yang kita boleh jerit kuat-kuat??



aku nak jerit sekuat hati.

AKU RINDU KAU!!!!!! :(

aku taknak kau dengar tapi aku nak bagi tahu kau.

Kerana cinta - Jalaluddin Rumi

Kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka menjelma anggur segar
Kerana cinta keuntungan menjadi mahkota penawar
Kerana cinta kemalangan menjelma keberuntungan
Kerana cinta rumah penjara tampak bagaikan kedai mawar
Kerana cinta tompokan debu kelihatan seperti taman
Kerana cinta api yang berkobar-kobar
jadi cahaya yang menyenangkan
Kerana cinta syaitan berubah menjadi bidadari
Kerana cinta batu yang keras
menjadi lembut bagaikan mentega
Kerana cinta duka menjadi riang gembira
Kerana cinta hantu berubah menjadi malaikat
Kerana cinta singa tak menakutkan seperti tikus
Kerana cinta sakit jadi sihat
Kerana cinta amarah berubah
menjadi keramah-ramahan

Jan 8, 2011

ibu!

aku telah lukakan hatimu.
aku telah lawan kata-katamu.
aku telah menipumu.
aku telah mempersiakan harapanmu.
ya allah kuatkanlah imanku.
ya allah berilahkan aku petunjuk.
agar aku tidak menjadi anak derhaka.

p/s:syurga dibawah telapak kaki ibu!

Jan 6, 2011

Luncai!

hoi luncai! kau sorang je yang baik!
hoi luncai! kau sorang je yang bagus!
hoi luncai! kau sorang je yang kuat!
hoi luncai! kau sorang je yang pandai!
hoi luncai! kau sorang je yang kacak!
hoi luncai! kau sorang je yang dermawan!
hoi luncai! kau sorang je yang hartawan!

ye kau memang baik.bagus.kuat.pandai.kacak.dermawan.hartawan.
tapi kau tetap yang kami benci!

Jan 4, 2011

Dari sekarang!

Dari sekarang aku perlu kumpulkan tentera.
Dari sekarang aku perlu rancangkan strategi.
Dari sekarang aku perlu binakan kubu.
Dari sekarang aku perlu siapkan peralatan.
Dari sekarang aku perlu tanamkan keberanian.
Dari sekarang aku perlu berdoa.

Agar nanti aku tidak takut untuk bertempur.

*spm 2011.

Jan 3, 2011

pelik???

ish kau kan dah ayu pakai tudung tu.
kenapa dibukakan pula?
ish kau kan dah manis berbaju labuh tu.
kenapa dipendekkan pula?
ish kau kan dah terlindung tidak berbaju ketat tu.
kenapa hendak menampakkannya semula?
ish kau kan dah sempurna berseluar panjang tu.
kenapa skirt juga yang dicari?
ish kau kan dah jelita berambut hitam tu.
kenapa warnakannya sebegitu?


First day!

Hari pertama sek.memang best bangun pagi2 dengan semangat.
Siap2 pastu sarapan terus bergegas ke sekolah.
Sampai2 je sek terus kena pergi perhimpunan. ;(
dah la lame macam ape jew.tkpew aku bukan dengar pon sembang je ;)
dah selesai perhimpunan aku dengan semangat terus pergi kelas aku.
aku nak duduk depan sekali.kawan2 aku semua gelak.apa aku peduli.
azam baru. ;)
aku ingat best duduk depan.tapi sebaliknya.
cikgu masuk jew terus letak buku2 kat meja aku.ape guna meja guru.
pastu nak padam papan putih terus cari orang depan taktahan aku yang kena.
pastu bawah meja ada sampah aku kena marah.padahal sampah kat meja belakang lagi banyak.
Taksampai 30min aku duduk depan aku blah duduk barisan ketiga.
hahaha.selamat.tak jadi mangsa buli cikgu. ;)


Jan 2, 2011

Aku rindu korang!

Aku rindu hari-hari kita bersama.
Dulu bila bangun tido ja nampak muka sememeh korang.
Bangun2 dah bergadoh cari rokok. ;)
Pastu taip2 hari muke yang same jew bangun lambat.
Pastu mula la kelam-kabut nak siap.
Takut kena tahan ngan senior.
Sampai sek terus tido.
Bangun pon sebab kena marah cikgu.(kena baling maker taktahan tu)
Habis sek ja terus g makan sama2.
Pastu prep petang.Kalau tak tido kat belakang kelas berlapikkan paper.
Mesti fly pergi cc atau pergi beli baju kat yik fong.
Balik hostel terus buat nescafe pastu turun padang pergi traning.
Balik traning terus mandi.basuh baju.maen asap.semua sama2.
Turun sembahyang taip2 hari lambat.
Prep malam pulak.taksampai 10minit pegang buku terus main.
Aktiviti paling best waktu prep malam kacau CHENG ngan SYAQIL. ;)
Habis prep terus g makan.
Malam je mesti belasah BAIM.hahaha.
Dah penat baru stop.
Pastu lepak2 sembang2 terus tido.

HUH!best gila.
I MISS FORM3 RK STUDENT 2009.

Kau!

kau! biarpun kau lupakan aku.
kau! biarpun kau bencikan aku
kau! biarpun kau hampakan aku.
kau! biarpun kau marahkan aku.
kau! biarpun kau tidak mahukan aku.
kau! aku nak kau tahu yang aku takkan pernah lupakan kau. ;(


Jan 1, 2011

Hostel.

Tengok status diorang kat FB student hostel semua tulis pasal nak balik hostel.
Ade yang taknak balik ada yang nak balik. ;)
Aku pon teringat first time aku masuk hostel dulu.
Tarikh keramat 8 Januari 2007. ;)
perrh.aku memang teringin gila nak duduk hostel.
katenya nak belajar berdikari.hahaha
ape2 la.tapi tu bukan cerita dia.
Ni aku nak bagi tahu hari first aku masuk hostel malam tu bapak ar.
rindu gila2 la kat family.padahal pagi tadi baru jumpa.
Hampir jatuh jugak air mata lelaki sejati aku ni.
Tapi hanya setitik dua jew la.
HUH!dekat seminggu jugak la aku homesick.
Tiap2 malam atas katil termenung.haha
Pastu mula la mood sedih datang.air mata pon mula nk jatuh.
yang penting bukan aku sorang ramai lagi.
hahaha.tapi lepas tu.jgn ditanya la.hostel la tempat paling best gila.

Nak kembali.

erm.fikir-fikir balik nak je aku jadi budak-budak balik.
best gila.tak perlu fikir apa-apa.
tiada masalah.tiada buku.tiada kena marah.
kalau kena pon ada lah tapi lepas tu mesti dapat ais krim.haha
yang tahu bangun pagi mesti nak tengok dragon ball.
bila dah tengah hari main TAMIYA sorang-sorang.
petang pulak pergi main bola dengan kawan-kawan.
bukan main bola pon maen pasir jew. ;)
dan malam macam biase la mandi amik al-quran terus g ngaji.
dah habis ngaji balik rumah tengok tv takpon maen kad tepuk.
pastu sebelum tido basuh kaki sebab takut hantu datang dan bace doa tido kuat-kuat.
best gile :)

Tahun Baru :(

Orang sambut tahun dengan perasaan gembira.
tapi aku tak????
sebab apa yang aku lihat pada malam ni yang buat aku tak gembira.
2 kemalangan yang mengerikan!

1.seorang penunggang motosikal yang meninggal sebelum sempat tahun baru datang dengan gembira.Itu aku tidak lihat dengan mata kepala aku sendiri.
Jadi perasaan takut tidak lagi datang.Apa yang aku dapat lihat hanya polis2 sibuk mengawal lalulintas.Apa yang aku dengar dari kawan2 ade kemalangan.Seorang remaja maut.

2.Ini betul2 menakutkan.Depan kepala yang bersaksikan mata aku dua motosikal yang sedang menghayati kelujuan motosikal masing2 bertembung sesama sendiri.huh!
Motosikal tercampak jauh hancurnya jangan dikata tidak lagi seperti motosikal.
Aku terus berlari pergi kepada mangsa yang aku pon tidak kenali.
Aduh ngeri.Sangat dan amat menakutkan.
dua penunggang motosikal yang nyawanya untuk hidup hanya 50-50.
huh! kepala yang penuh darah.kaki dan tangan tidak bergerak.
Hanya mata sekali-sekala berkedip.Aku mula takut.kaki bergetar-getar.
Tidak sanggup lagi aku duduk lama disitu lalu aku pergi jauh sikit dari tempat kejadian.


p/s:ajal maut ditangan tahun tapi jangan la kita sendiri mencari maut.Ingat la orang yang tersayang :(