Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Feb 26, 2011

Jalan gelap.

kalau diberi pilihan untuk memilih
jalan terang ataupun gelap
ingin terus aku memilih jalan gelap itu

angan aku hendak memasang cahaya dijalan gelap itu
agar tidak ada siapa dapat membeza-bezakannya lagi. :(

Feb 25, 2011

Ragam.

marah dengan penuh kemarahan
ini lepasan perasaan untuk mencari kebenaran
kau dengan suara kau
aku dengan lagak aku

kita retakkan persahabatan
aku tunjuk salah kau
kau pantas tunjuk kembali lagakku
membina ego,menunding jari
beradu sempai ada yang mati

yang kalah selalu lari
dendam kesumat dipendam
tunggu sampai melimpah
lalu cari satu jalan
untuk memberitahu kau
langit itu tinggi bukannya rendah

dengar cakap aku
kita perlukan perkongsian perasaan untuk kekal sebagai sahabat.
mungkin nanti manusia lebih gemar berkawan dengan binatang. :)



Feb 19, 2011

rasa baru.

aku kembali semula untuk ini
walaupun aku tahu aku tidak diperlukan
aku hanya mahu memberi apa yang aku ada
bukan untuk jadi kunci kejayaan
aku tahu aku tak sehebat mana
aku cuba jadi yang terbaik apa yang aku boleh jadi.


p/s:terima kasih kawan-kawan walaupun aku sipembelot tegar.

Feb 8, 2011

hari jadi 17.

hari ini aku bersyukur padanya
dengan izinnya umurku dipanjangkan lagi
setahun demi setahun umurku meningkat
sekarang menjadi angka 17.

aku bersyukur masih lagi dapat merasa bahang matahari
masih lagi boleh merasa kesejukan malam
masih lagi boleh menghidu udara segar
dan aku terus bersyukur.

ini semua dengan izinya.
aku berdoa agar aku tidak lagi alpa.
dengan kedewasaan ini aku harus berfikir.
tentang masa depan.
dunia akhirat.
tidak lagi seperti dulu yang hanya tahu akan keseronokkan.

hari jadi ini berterima kasih kepada ibubapa.
kawan-kawan yang mengucapkan
'SELAMAT HARI LAHIR'
aku merasa diri ini lebih dihargai dan disayangi.
Terima Kasih semua.







Feb 5, 2011

Dunia kini.

Anak dara ada halkum, assalamualaikum
anak teruna ada 'bumper', salam sejahtera
Ada rahim berangan nak ada sperm
ada halkum ada hati nak susukan bayi

Ohh dunia kini.





p/s:boleh korang wat mcm ni.??

budak kampung.

kami masih lagi budak-budak kampung yang tiada campuran
yang masih lagi suka bermain gasing daripada psp
yang masih lagi suka berkubang daripada pergi ke spa
yang masih lagi suka bertegur-sapa daripada sombong
yang masih lagi suka makan sambal belacan daripada pizza
yang masih lagi suka pada yang asli daripada tiruan
kami budak-budak kampung yang tahu asal-usul kami??
tidak kami segan mahupun malu dikelaskan budak kampung.
daripada manusia yang lupa dari mana dia dibesarkan.

Feb 2, 2011

nikotin dan kafein.

kenapa aku bagi kau masuk dalam badan aku
menjadi tanda tanya yang tidak dapat dijawab
aku takut kau memakan sedikit demi sedikit badan aku
tetapi aku masih lagi tidak mahu berhenti memasukan kau
mungkin aku rase selesa atau kepuasan tahap maksima
ya mungkin itu puncanya mengapa ramai manusia sayang pada kau
seronok bukan masukkan nikotin dan kafein kedalam badan
dan aku sentiasa berdoa agar dapat buang kau jauh-jauh satu hari nanti. :)



Feb 1, 2011

Manusia.

aku juga manusia biasa macam orang lain
yang boleh tahu gembira dan sedih
yang boleh rasa pahit atau manis
sikap manusia sememangnya pemaaf
tapi ada satu dua keras hatinya
tapi bagi aku dosa memang senang dimaafkan
cuma dendam dalam hati ni macam mane nak dipadamkan. :(