Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Mar 19, 2011

untuk kawan. :)

hey kawan

tepuk kerusi
duduk duduk la dulu

mari sini saya mahu cerita
kau gadis yang punya harga
punya martabat yang tinggi nilainya
juga punya nama yang perlu dijaga

walau sekacau mana jiwa
jangan kau lempar dengan kata nista
jangan kau berteriak bak perempuan gila
jangan kau tunding dia tk semena
kerana itu cermin pengukurnya

andai katanya esok ka lusa munculnya perempuan gila di depan mata
nah!kau hadiahkan senyum serta tatap matanya
sambil berkata "maaf,aku punya standard yang perlu dijaga"

bukan kah kau dan dia sama sahaja.gadis juga
jadi usah direndah martabat kau
kerana pekara bodoh semata. :)

p/s:untuk kawan yang kita sayang.



Mar 16, 2011

Bukan menyesal.

cuma terkenang
bukannya rindu,
aku cuma kutip kenangan kita dulu-dulu
aku tahu
aku tidak layak untuk itu
kerana aku sudah sedia untuk kita tutup buku

demi waktu
206 hari yang berlalu
aku hendak katakan
aku 'rindukan kamu'

hari ini
tadi
semalam
akhirnya aku tahu
yang kamu
akhirnya telah berjumpa pemilik rusukmu. :)

p/s: ukirkan senyuman manis bersama orang baru dan aku disini gembira walaupun aku kalah tipis.hahaha :)






kau bahagia bersama bintang tapi yang kau mahukan adalah bulan

si bintang peneman yang setia
tapi nun jauh disana

si bulan pula manis dipandang dek mata
tapi pungguk juga rindukan dia

kau jadi keliru malam ini
seharusnya kau lena bersama siapa?? :)

Mar 14, 2011

Cahaya baru.

satu dua minggu aku hilang
kini kembali menulis apa yang tersurat
satu dua minggu ini otak aku kosong
tetapi masih tenang kerana ada orang disisi
sambil ditemani nakotin yang setia
aku kembali dengan nafas baru
yang segar setelah lupakan dia
biarkan dia gembira disana
dan biar dia tahu aku pun sudah gembira disini
aku tahu cahaya itu sudah hilang
kemana perginya biarla ia hilang dan jangan sesekali kembali
lupakan segala yang duka kerana
gembira sudah datang menyapa
akhir sempurna juga setelah sekian lama. :)

Mar 5, 2011

Racun sahabat.

aku takut pekara ini terjadi akhirnya terjadi
racun kepada persahatan aku sudah muncul dengan lagaknya
dialah sehabat semati yang kau temui
dengan sombong dan riak kau pergi tinggalkan aku
laju pergi mengikut racun yang tidak tahu kesannya nanti
dalam hati kecik ini ada niat ingin menasihat
tetapi risau dan tak tergamak kerana fikirkan kau
aku hanya mampu membisu dan melihat
gelagat kau tidak ubah seperti boneka kepada racun itu
hanya mampu bercakap apabila disuruh lalu diam membisu
aku rela kau hilang pergi tinggalkan aku
kerana benci ini tidak dapat dipendam lagi
tetapi aku resah terus takut
akan kembalinya racun itu meracuni sahabat2 aku ini.

p/s: hey racun sahabat aku berdoa kau akan jadi penawar kepada persahabatan kami.



Ada Cermin.


hey! pergi cermin diri kau
bukan aku suruh kau tenung cermin itu lama-lama
dengan mata kau
aku nak kau lihat dari diri kau
dengan mata hati
kau kaji apa yang kurang
kau teliti apa yang lebih
semuanya!

kalau kau ade sesuatu kelebihan
berbanggalah, tapi ingat jangan riak pula
jika kekurangan yang kau nampak
jangan kau rasa teruk pula
kau jadi ia satu cabaran
untuk majukan diri kau
supaya dapat jadi yang terbaik. :)